ASAS PENGGUNAAN GEOMETRI DALAM SENI ARABESQUE.
ASAS PENGGUNAAN GEOMETRI DALAM SENI ARABESQUE.
Salah satu ciri utama yang dalam seni Islam yang
menjadi identiti dunia Muslim yang
berbeza adalah penggunaan corak-corak geometri. Di aplikasi secara universal
pada logam, kayu, seramik, tekstil, permaidani, miniatur sebagai dekorasi atau
hiasan senibina dengan kaedah yang dirumuskan dengan jelas dan menggabungkan
sistem adaptasi komposisi yang membolehkan kepelbagaian variasi dan inovasi.
JIKA SUSAH UTK MEMAHAMINYA SUBJEK INI PADA KALI YANG PERTAMA JANGAN LUPA KLIK KE TAJUK 'MENDEKATI PENGAJIAN SENI VISUAL DAN KREATIF'.
JIKA SUSAH UTK MEMAHAMINYA SUBJEK INI PADA KALI YANG PERTAMA JANGAN LUPA KLIK KE TAJUK 'MENDEKATI PENGAJIAN SENI VISUAL DAN KREATIF'.
Didasarkan
daripada asas segi empat, oktagon, segi tiga sama sisi dan heksagon dan
penemuan corak yang lebih rumit berdasarkan segi lima, dekagon, dan bahkan
heptagon dan nonagon.
Corak geometri membentuk satu daripada tiga jenis
rajah dekorasi dalam kesenian Islam yang juga mencakupi kaligrafi dan corak
tumbuh-tumbuhan sama ada secara tunggal ataupun digunakan dalam kombinasi
dengan rajah penghiasan atau gambaran rajah, corak-corak geometri yang popular
berkaitan dengan seni Islam. Rekaan abstrak ini tidak hanya menghiasi permukaan
monumen seni bina Islam, tetapi juga berfungsi sebagai elemen hiasan utama pada
permukaan yang luas meliputi semua jenis benda.
Geometri telah mencapai kemuncak tinggi didalam
dunia Islam yang mana sumber-sumber untuk kedua-dua bentuk dan corak-corak yang
rumit sudah ada pada kalangan orang
Greek, Rom, dan Sasanid di Iran. Kesenian Islam disesuaikan dari elemen tradisi
klasik, kemudian dilengkapkan dan dihuraikan dalam mereka rangka untuk mencipta
bentuk baru dari dekorasi yang menekankan pentingnya kesatuan dalam
kepelbagaian dan kepelbagaian dalam kesatuan. Sumbangan ilmuan Islam yang
bijaksana dalam bidang matematik, astronomi, dan sains sangat penting untuk
penciptaan gaya baru yang unik ini.
Geometri Islam terdiri atau terhasil daripada
bentuk-bentuk sederhana seperti bulatan dan segi empat, corak-corak geometri
yang digabungkan, diulang, dihubungkan, dan disusun dalam kombinasi lengkap,
sehingga menjadi salah satu ciri khas keseniaan dalamIslam. Corak-corak yang
kompleks ini tampaknya mewujudkan penolakan dalam mematuhi secara tepat
peraturan geometri. Berdasarkan fakta, penghiasan geometri dalam kesenian Islam
menunjukkan jumlah yang luar biasa terutama dalam pengulangan dan begitu
kompleks. Ia memberi ruang kepada kemungkinan percambahan corak yang hebat
dan dapat disesuaikan atau digabungkan dengan
perhiasan jenis lain.Dalam corak abstrak, pengulangan motif,simetrik,
corak-corak geometri mempunyai banyak persamaan dengan apa yang disebut sebagai
gaya awan larat yang dilihat banyak melibatkan rekaan tumbuhan
malah hiasan kaligrafi juga muncul dalam hubungannya dengan corak-corak
geometri.
Empat bentuk asas atau "unit pengulangan"
rekaan geometri Islam di mana corak yang lebih lengkap dibuat adalah melibatkan
daripada asas bulatan dan gabungan bulatan, segi empat atau sisi empat poligon;
corak bintang, segi empat dan segitiga yang terlukis dalam sebuah bulatan serta
melibatkan pelbagai sisi poligon. Corak-corak kompleks yang
ditemui pada banyak benda merangkumi beberapa bentuk dan tatacara yang berbeza,
yang membolehkan ianya dimasukkan ke dalam lebih daripada satu kategori.
Contoh-contoh bagi corak-corak geometri yang
dianalisis dikumpulkan dalam kategori yang berbeza sesuai dengan sistem
pengkadaran yang ditetap bagi unit pengulangan corak yang diberikan.
Analisis terperinci akan menunjukkan bagaimana dalam setiap kumpulan
corak-corak, unit pengulangan dan grid corak menentukan komposisi mereka adalah
dihasilkan oleh manipulasi susunan poligon iaitu segi empat sama, segi tiga
sama sisi, segi enam (heksagon) dan seterusnya. Grid-corak yang dihasilkan oleh
gabungan titik-titik garis lurus adalah yang dipilih daripada sisi simpang bagi
sisi-sisi poligon. Akhirnya, komposisi unit pengulangan corak keseluruhannya
tercapai.
Selain itu, modul atau sistem ukuran unit
ditunjukkan dalam setiap kes yang menakrifkan dimensi komposisi unit
pengulangan. Dari sebuah bulatan ia mungkin dapat menghasilkan beberapa susunan
lilitan poligon dengan membahagi jumlah yang diperlukan dan titik-titik
pembahagian adalah yang bergabung dengan garis-garis lurus. Langkah pertama
pembahagian lilitan berdasarkan 3,4,5 jumlah bahagian atau gandaan akan
menentukan grid-corak dan unit pengulangan, sementara jejari atau diameter
bulatan boleh diambil sebagai unit ukuran. Oleh itu, geometri boleh
dikelompokkan dalam beberapa bahagian berikut:
1. Corak-corak geometri berdasarkan unit
pengulangan segi empat sama dan sistem nisbah asas dua ( . Ia termasuk
corak-corak yang dihasilkan oleh pembahagian dari sebuah bulatan menjadi 4 atau
gandaan 4 bagi jumlah bahagian. Segi empat digunakan sebagai alat dan
pengukuran dan kerana itu disebut sistem nisbah asas dua ( (nisbah segi
empat kepada menyerong = 1:
2. Corak-corak geometri berdasarkan unit
pengulangan segi enam (heksagon) dan sistem nisbah asas tiga ( 3). Ia
termasuk corak yang dihasilkan oleh pembahagian dari sebuah bulatan menjadi 6
atau gandaan 6 jumlah bahagian. Segi tiga sama sisi atau segi enam digunakan
sebagai alat untuk komposisi dan pengukuran dan ia dipanggil sistem nisbah asas
tiga ( (nisbah bagi setengah asas dengan ketinggian segi tiga sama sisi =
1: ).
3. Corak-corak geometri berdasarkan sistem
nisbah gandaan heksagon. Ia termasuk dalam kumpulan corak-corak yang dihasilkan
oleh gandaan heksagon.
Sebagaimana yang dihuraikan di atas, terdapat
beberapa kaedah yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu rekaan geometri.
Corak geometri yang dihasilkan dalam rekaan
kesenian Islam bermula dengan penggunaan konsep unit pengulangan. Berdasarkan
catatan sejarah, tiada laporan yang dapat dijadikan rujukan dalam mengajar
tentang teori dalam mereka corak-corak geometri Islam. Namun dalam dunia Islam
hari ini, para penukang telah terlibat dalam membuat corak geometri pada kayu,
marmar, logam, seramik dan lain-lain yang mana ia menggunakan alat-alat
tradisional iaitu kompas dan pembaris. Hakikatnya, kaedah geometri telah
diterapkan, dikembangkan dan disempurnakan oleh para penguasa yang tidak
diketahui pada masa lalu. Asas atau unit ukuran diambil sebagai jejari.
Pembahagian awal sekeliling bulatan menjadi 4,6 atau 5 jumlah bahagian (atau
gandaan dari bahagian ini) menentukan sistem kadaran yang digunakan untuk
menghasilkan unit pengulangan bagi rekaan tersebut.
Konsep yang kedua adalah konsep segi empat sama dan
sistem nisbah asas dua. Melalui konsep ini, ia menyatakan bahawa pengulangan
corak telah memberi karakter bagi rekaannya yang mana ia ditentukan oleh
heretan garisan grid antara titik yang dibuat oleh sudut penyilangan bagi segi
empat sama yang dilukis di dalam bulatan. Bagi melukis segi empat sama di
antara bulatan, satu metod geometri diberikan bagi kadar pembahagian setiap
kawasan untuk unit pengulangan tersebut. Apabila sesuatu permukaan itu hendak
dibuat, salah satu sisinya dibahagikan menjadi beberapa bahagian sesuai dengan
jumlah unit pengulangan yang diperlukan. Kawasan tersebut kemudian di isi
dengan bulatan dengan diameter yang sama dengan sub-bahagian daripada sisi
permukaan yang dibuat.
Konsep yang
ketiga pula ialah heksagon dan sistem kadar asas tiga. Rekaan yang ditunjukkan
dalam konsep ini berasaskan pada grid lukisan bagi bentuk bintang heksagon.
Satu sisi bagi kawasan yang akan dihias dibahagikan dengan menggunakan kompas
menjadi beberapa bahagian yang sama dengan unit pengulangan yang dimasukkan
dalam rekaan sepanjang sisi ini.
Seluruh
kawasan ini kemudiannya dibahagikan oleh bulatan dan heksagon dimasukkan
berdekatan setelah kaedah titik digunakan (rajah.1). Ia adalah unit mengulang
kerana ia adalah heksagon. Sisi yang sama dengan garis lilitan bulatan grid
master dibentuk oleh heretan bintang-bintang heksagon dalam heksagon ini dengan
menggabungkan salah satu sudut heksagon yang lain atau di tengah-tengah titik
(rajah.2). Sistem bintang heksagon memberikan sebuah metod pembahagian
diamenter heksagon dengan nisbah 1:2. Sistem ini juga membahagikan ketinggian
heksagon dalam nisbah yang sama iaitu 1:2.
Konsep yang keempat pula ialah konsep pentagon
dan golden ratio (nisbah emas) (rajah.3). Menurut Euclid,
konsep Golden Ratio ini bermaksud sebagai “ekstrim dan nisbah”.
Manakala seorang penulis zaman Renaissance berpendapat ia dianggap sebagai
“Pengkadaran” dan pada abad kesembilan belas konsep ini dikenali sebagai
“Golden Section”. Dalam konsep ini ia membentuk enam corak. Berdasarkan grid
master, corak-corak yang terbentuk adalah berbentuk bintang dekagon. Unit pengulangan yang baik
adalah menggunakan bentuk segi empat tepat atau rombus tetapi dalam kes terkini
adalah lebih mudah dengan menggunakan bentuk segi empat tepat yang berasal dari
rombus.
Konsep geometri kesenian Islam yang seterusnya
adalah berdasarkan konsep corak berasaskan gandaan heksagon (rajah.4). Corak
geometri berdasarkan konsep ini akan dibahagikan sekeliling bulatan menjadi dua
belas bahagian yang sama. Unit mengulang rekaan keseluruhannya boleh menjadi
salah satu lukisan segi enam. Hasil mengulangi corak-corak itu,
dari bentuk segitiga sama sisi, segi empat sama, segi enam, oktagon, dodekagon,
dan bintang-bintang maka terhasil suatu bentuk yang menciptakan visual khas
yang harmoni dalam rekaan yang digambarkan dalam bahagian ini.
Comments