PADAMNYA LAMPU HIDUPKU (buat ayah dan ibu tersayang)
1928 - 11hb Feb. 2010
Haji Abdullah bin Haji Ismail.
PADAMNYA LAMPU HIDUPKU. Aku lemah meminta pada tuhan
Aku kasih seorang hambanya
Dia sinaran lampu hidupku
tetapi....tuhan lebih kasih dariku
Aku hanya doa melepasnya pergi
menemui kekasihnya sebenar Rabbil Izzati
Sejarah sedih menambah lagi
Ku kehilangan sukar diganti
1975 Disember 30 Selasa pagi
Padamlah lampu hidup penyuluh hati
Di Mekah Almukarramah tanah suci
Aku terpinga-pinga dunia kurasa fana
Detik kenangan bagai mimpi
Dengan penuh kasih kuusap rambutnya
Dengan beribu soalan kupandang wajahnya
Dengan penuh mesra kupicit tubuhnya
Dengan penuh hiba kusuap mulutnya
Dengan penuh kesetiaan kumandinya
Kusuarakan ayat-ayat tuhan ketelinganya
Dengan penuh keyakinan dan keimanan
Aku doakan bertambah ringan
Jom! Jomla! Suara merdu merayu-rayu bertalu-talu
Dapat aku bersamanya
Kutanya kemana?
Dia juga terpinga-pinga entah ke mana??
Kembali kelu seribu bisu
Rahsia Syurga bersamaku.
Hasil Nukilan Haji Abdullah bin Haji Ismail. (3.30 pagi 31hb Dis. 1975)
35 tahun yg lalu dlm hiruk pikuk,kecelaruan dan riuhnya Kota Mekah Almukarramah itulah.....
Ibuku yang tersayang tiba-tiba rebah dalam tidur.Mengejutkan Ayahku yg tercinta, tersedar,celaru bercampur bingung melihat hembusan nafasnya yg terakhir.Suami manalah yg tidak hiba dan bingung, dgn hari yg semakin dekat untuk pulang ke tanahair. Tanggal 30hb Dis. 1975 Ibuku pergi buat selama-lamanya tatkala aku baru berumur sembilan tahun. Tentu hancur hati Ayah mengenangkan kami dikampung yang 10 orang adik beradik ini dah tak punya Ibu lagi.
Ayah pernah bercerita katanya beberapa hari sebelum ibu meninggal dia sering menyebut jom!jom la!tanpa sebab...bila ditanya..kemana?? ibu diam entah mengapa...
Saat-saat terakhir bersama Ibu disanalah Ayahku tercinta menukilkan bait bait puisi diatas untuk isteri yang tersayang.Lampu hidupnya dah terpadam......Muka terakhir album gambar gambar lama semasa di Mekah dicoretkan puisi ini dengan tulisan Jawi. Dilukiskan peta kubur dimana Ibuku disemadikan.Hiba kami adik beradik dan cucu-cucunya membaca dan menulisnya semula diatas kertas selepas sehari Ayah pulang ke Rahmatullah menemui Al Khaliq Penciptanya. Ayah tersayang pergi di usia emas 82 tahun.Lampu hidup kami bagai terpadam...
tapi sinar kasih Ayah akan sentiasa terang.........
1937 - 30hb Dis. 1975.
Norah bt Yaacob.
Comments
Now I can see your comment in English. Before this twice was in chinese which I do not understand.
I like your comment...better in English!
Thank you.
Kepada semua anak cucunya, bersabarlah dengan dugaan Allah ini.