Friday, May 25, 2012

MENDEKATI PENGAJIAN SENI VISUAL DAN KREATIF.




Kepada pelajar-pelajar F1 DAN F2,

Waktu waktu yang anda jalani untuk belajar disini diharapkan akan merupakan salah satu perkara yang paling mengujakan, indah dan terhebat dalam hidup anda . Suatu pengalaman yang bukan saja mempersiapkan anda untuk kerjaya yang anda pilih, tetapi juga merupakan proses belajar untuk sepanjang hidup anda.Melalui pengalaman dan artikel-artikel yg saya baca dan petik disini, dialih bahasa untuk tatapan anda semua.

Pengalaman belajar di Universiti sangat berbeza dari pengalaman belajar yang anda dapati semasa dialam persekolahan.Belajar di universiti merupakan tanggung jawab bersama antara anda dan Pensyarah-pensyarah  anda. Pensyarah bermatlamat untuk  memberi anda bimbingan dan sumber-sumber ilmu untuk anda memulakan eksplorasi  anda dalam industri seni kreatif seni dan teknologi rekabentuk, tetapi sebahagian besar eksplorasi ini perlu dilakukan oleh anda sendiri. Sebagai pengajar kami tentunya akan sedia menunjukkan jalan dan memberi peta jalan yang penting untuk perjalanan pendidikan anda.

Sebagai pengajar kami tidak memiliki semua jawabannya. Kadangkala soalan soalan yang baik  adalah tersangat  penting,kerana belajar di Universiti adalah mengenai menguji idea-idea dan berbagai  teori-teori seni. Banyak cara belajar itu dilakukan melalui diskusi,kritikan,apresiasi,manifestasi dan perdebatan, anda diwajibkan menghadiri dewan kuliah, dalam mana anda akan diharuskan duduk dan mendengar dengan baik dan membuat catatan, anda juga wajib menghadiri kelas kelas tutorial dan di studio atau workshop yang lebih kecil.

Acara-acara mengkritik biasanya diadakan dalam mana anda diminta berhujah,berdiskusi dan berkongsi maklumat dan pengetahuan  dengan peserta-peserta lain. Anda mungkin tidak selalu setuju dengan apa yang dikatakan pengajar,pensyarah atau teman-teman sekuliah anda, tetapi sangatlah penting bagi semua pelajar untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan idea untuk memperkayakan majlis kritikan dan diskusi. Tutorial dan kelas di studio itu juga merupakan tempat anda mengajukan pertanyaan. Jika anda buntu dan bingung mengenai masalah yang berkenaan dengan mata pelajaran anda diharap  anda dapat bertanyakan kepada pensyarah  atau tutor untuk menjelaskannya kepada anda.

Percayalah, pengajar-pengajar anda semuanya sangat berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang mereka, tetapi mereka tentu tidak ingin hanya sekadar memindahkan pengetahuan mereka ke dalam kepala anda, seakan-akan anda itu hanyalah  tong-tong  yang kosong. Tetapi mereka ingin membantu anda mengembangkan idea-idea  dan pengetahuan yang sudah anda miliki.

Ada berbagai nilai- nilai penting  yang mendasari pengalaman belajar anda di fakulti seni ini. Yang pertama, dan barangkali nilai yang terpenting, adalah critical enquiry (rasa ingin tahu yang bersifat kritis). Critical enquiry mewajibkan anda untuk secara aktif, kemas dan cerdas bersoal jawab dengan pengalaman belajar anda; ini berarti anda harus mengajukan pertanyaan, menjelajah, bersikap selalu ingin tahu dan mengambil inisiatif untuk menemukan sebanyak mungkin mengenai topik-topik dan idea-idea yang anda temui dalam kelas anda.


Tindakan-tindakan yang bertanggung jawab dan berkesinambungan secara lingkungan juga amat  penting. Sejauh mungkin, tanpa mengurangi pengalaman belajar anda,  anda diharap dapat sentiasa mempraktikkan  seni atau rekaan dengan cara-cara yang sesuai dalam kehidupan anda dan dengan alam persekitaran semasa. Contohnya, seperti memilih komunikasi elektronik daripada menulis  surat yang dicetak kerana penjimatan kertas dan kesan pembakaran terbuka terhadap alam sekitar.

Cultural sensitivity (kepekaan budaya) juga sangat penting , anda dikira sangat beruntung kerana staf dan siswa siswi rakan anda  berasal dari berbagai bangsa. Penting sekali bahwa perbedaan budaya diterima dan dihargai dan bahwa kita mengambil faedah dari kesempatan-kesempatan untuk belajar dari satu sama lain. Kadang-kadang pelajar dari berbagai budaya dengan cara berkomunikasinya berbeza beza,ada yang  perlahan-lahan sambil mereka mencari kata-kata yang tepat dan sesuai dalam bahasa yang masih asing; bersabarlah dengan perbezaan ini dan biarkan mereka berkomunikasi dengan cara yang selesa bagi mereka. Praktikkan mendengar dengan baik, selain berbicara secara jelas tapi produktif. Jika komunikasinya kurang jelas, minta penjelasan secara hormat.

Belajar seni meliputi sejumlah kegiatan-kegiatan untuk memecahkan persoalan; seperti menulis karangan yang  terperinci dan yang difikirkan secara dalam setelah melakukan penyelidikan yang saksama, atau membuat respons yang sesuai atas tugasan  yang kompleks atau menyampaikan gambaran yang anda lihat di depan anda untuk menjadi gambaran yang menyakinkan di atas kertas atau di layar skrin.

Tugas kami, sebagai pengajar anda dalam belajar, adalah untuk memastikan bahwa anda mengembangkan kemampuan dan pengetahuan dalam membuat pendekatan yang efektif terhadap persoalan-persoalan dan mengidentifikasi cara-cara yang anda dapat secara kreatif, imajinatif, inovatif dan sesuai dalam memecahkan berbagai persoalan . Ini adalah komitmen anda dalam mempersiapkan diri anda untuk proses belajar sepanjang hidup.Kebanyakan dari proses belajar anda akan dilakukan secara individu selagi anda bekerja menyelesaikan tugas yang diberikan, tapi anda juga dianjurkan untuk belajar bersama dan menghormati satu sama lain dalam pengajian  anda. Banyak ide kreatif dikembangkan melalui ‘brain-storming’ atau pertukaran fikiran dan diskusi dengan kawan-kawan sesama mahasiswa, jadi ambillah faedah dari setiap kesempatan untuk bekerja bersama-sama dengan baik.


Waktu yang anda akan lewati bersama kawan kawan anda akan merupakan waktu yang penuh makna dan sangat indah untuk dikenangi. Kadang-kadang, ketika tugasan tugasan projek terakhir sudah  diserahkan, mungkin anda akan merasa kepuasan atau mungkin juga satu kekesalan.........

Friday, May 18, 2012

AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS - NUKILAN SEORANG TEMAN SEPERJUANGAN -HASNUL JAMAL.


                       AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS.

 


                                      Mohd Noor Mahmud, saya dan Taufik, gambar terbaru, 2012.

                                                  Mohd Noor, saya dan Taufik, 2009.



                       Mohd Noor, saya, Taufik dan Fauzin, di markas Centerstage Performing Art, 
                                                           Bangsar, tahun 1989.

 Beberapa minggu sudah, saya ke Kelantan untuk menilai program yang ditawarkan oleh  Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan. Selain 'berkebun akademik', tak dilupakan ziarah kebun silaturrahim. 
Saya singgah ke kedai fotostat Taufik Abdullah, rakan lama yang sama-sama menuntut di UiTM dari 1984 hingga 1988. Taufik dan saya ada ikatan kuantum yang tinggi, walaupun dipisahkan oleh Banjaran Titiwangsa. Macam air, cincang tak putus. Ikatan saya dan Taufik lebih molek ditamsilkan dengan udara, langsung tak boleh cincang.

                                             Sewaktu berkembara ke Melaka, sekitar 1987

                        Singgah di Lapangan Terbang Singapura, sambil main piano, 1987.


Semasa di UiTM, Taufik lebih dikenali (dan sesekali diperli) oleh rakan-rakan sebagai seorang 'pemikir'. Gitupun, pemikiran Taufik bukanlah setakat teori je. Dia pernah menang anugerah kecil untuk Bakat Muda Sezaman, kalau tak silap tahun 1988.

Karyanya siri "Manukan" menggabungkan kedua-dua teknik dan pengkaryaan seni arca dan seni cetaskan. Ada sebuah karya dalam siri itu yang dijudulkan, "Sculpture Print Am I?". Karya ini pada saya sangat menarik, kerana ia menandakan pendekatan bersifat convergence atau penyatuan dalam berkarya.  Ia juga meninggalkan impak yang besar dalam diri saya juga.

Taufik ketika itu sudah berani mempersoal pandangan terpisah-pisah tentang amalan pengkaryaan seni halus yang didogmakan di institusi-institusi seni (catan, cetakan, arca, lukisan dalam silo masing-masing). Taufik membawa paradigma 'penyatuan' atau convergence' yang lebih lestari dan kreatif.

Kini convergence dah jadi cogan lazim dalam amalan pengkaryaan dan juga akademik.  Proses pengkaryaan seni halus dalam dunia pengkaryaan sebenar tidak lagi melihat amalan pengkaryaan dalam silo atau kepompong bidang-bidang kecil semata-mata, tetapi dalam satu kesatuan idea yang dizahirkan menerusi gabungan pelbagai metodologi studio, tak kiralah seni cetak ke, catan ke, arca ke atau lukisan. Cincang macam mana pun (memberi label atau jenama bidang seni studio), ia tetap sebuah karya Taufik Abdullah.

Bunyi judulnya seperti sebuah karya yang terpaksa bertanya, dia arca atau cetakan? Judul ini timbul dari episod kisah benar, apabila Taufik menyerahkan karya yang sama sebagai hasil tugasan untuk kedua-dua kursus seni cetak dan seni arca. Ia menimbulkan polemik dan kontroversi kecil dikalangan beberapa pensyarah, yang memaksa Taufik untuk membuat keputusan sama ada karya (atau tugasan) nya itu akan ditabal sebagai sebuah arca atau cetakan. Episod ini meninggalkan kesan mendalam pada diri Taufik hingga terhasilnya karya begitu. Malah, karya ini juga diulas oleh Piyadasa.

Mungkin Taufik tidak mengetahuinya, namun kesan dari karyanya itu saya bawa hingga saya bertugas di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sebagai salah seorang dari pensyarah perintis, selain dari Fauzan Omar, Zulkarnain Zainal Abidin, Wan Jamarul Imran dan Rashidah Salam,  kami mengolah pendekatan pembelajaran studio yang bersifat convergence atau penyatuan apabila merangka kurikulum baru untuk program Seni Paduan (kami tidak gunakan istilah Seni Halus)(1994-2000).

Malah, adiguru kami Fauzan Omar sendiri, mengolah kursus studio bernama 'Expanded Media' (Media Lanjutan) yang mengambil pendekatan 'eksperimental' terhadap penerokaan bahan berkarya. Walaupun Taufik yang amat merendah diri itu kini memencil diri di satu ceruk kecil di Kota Bharu, Kelantan, kesan tinggalannya dalam diri beberapa watak (termasuk saya), adalah besar.  

Taufik juga merupakan sparring (rakan bertinju fikiran) saya. Pandangannya tajam, mungkin sebab dia rajin membaca. Tapi Taufik ni sering melontarkan fikirannya menerusi kata-kata yang puitis. Semuanya hadir dari getaran Taufik yang pada saya, adalah romantis. Sebab tulah, selain dari sparring dalam berwacana, Taufik juga rakan penulis lirik untuk lagu-lagu yang saya cipta semasa di UiTM. Selain dari rakan-rakan di Jabatan Seni Halus ketika itu, dia antara yang paling suka layan minat saya mencipta lagu-lagu puisi. Ada antaranya saya nyanyikan dalam beberapa acara semasa di UiTM. Namun, mencipta lagu tidak saya jadikan karier kerana saya alah dengan dunia glamor bintang-bintang.

Setelah bergraduat (1988), saya dan Taufik mengusahakan perniagaan rekabentuk yang kami namakan, NNT (Nul and Taufik). Bunyinya macam bom, mungkin sebab memang kami berangan meninggalkan kesan persis bom, yakni bom minda, bom idea. Kami sempat buat beberapa projek kecil, termasuklah rekabentuk set untuk teater. Satu daripadanya untuk teater "Cindai". Itupun Pak Mail (Allahyarham Ismail Zain) yang bukakan jalan, kerana set untuk "Cindai" dicipta oleh Pak Mail sendiri dengan komputer Macintoshnya (waktu tu, itulah yang paling canggih). Penulis dan pengarah teater tersebut, Nordin Hassan, teman baik Pak Mail.

Saya dan Taufik terpaksa memukat seorang rakan sekuliah di Jabatan Seni Halus di UiTM, Fauzin Mustaffa menolong kami. Fauzin ni memang terkenal dengan bakat 'mengandam'nya, yang amat diperlukan dalam kerja-kerja set kami. Jadilah kami three musketeers atau laksmana Do Re Mi.

Kami menyewa sebuah rumah di Bukit Damansara, bersama-sama dengan kakak saya, Salmah (Kak Sal) dan suaminya, Abang Hanafi. Untuk studio, kami disedekahkan ruang kecil di tepi rumah Kak Yong (kakak saya juga) dan Abang Taha, yang hanya di belakang rumah sewa kami.

Waktu tu daif, banyak episod yang boleh diadaptasikan menjadi babak-babak dalam filem hindustan atau drama air mata. Ada ketika saya dan Fauzin minum air oren dicampur dengan nasi (ala-ala air bali gitu) untuk lapik perut. Nak pinjam duit dari orang lain atau mak-ayah di kampung, tak mau, nanti tercalar ego jantan pulak.

Dari "Cindai", kami terlibat dengan banyak projek teater dibawah bimbingan Najib Nor dan Normah Nordin, juga Fauziah Nawi (pelakon), Iryanda Mulya (pemuzik) dan Dida (penari). Kami berkerja di bawah payung Centerstage Performing Arts. Sesekali, Pak Mail berkunjung untuk mengusik kami. Kami kutip seberapa banyak ilmu seni persembahan, termasuk ilmu puisi dari Ladin Nuawi yang rajin melepak di markas Centerstage Performing Arts di sebuah banglo di tepi bukit di Bangsar.

Episod di Centerstage sangat banyak mengajar dan mendewasakan saya (juga Taufik dan Fauzin). Jika ada projek, kami terpaksa tidur berbantalkan lengan dan bertilamkan lantai kosong. Sewaktu bulan puasa, kami jadi pelanggan tetap dan tegar majlis buka puasa di Masjid Bangsar. Bangsar ketika itu belum jadi LA, London atau New York lagi, masih bandar Malaysia.


Dari situ (Centerstage) juga kami membentuk benih "4 Persepsi" sebuah pameran yang diiringi oleh pelbagai projek pengisian yang lain. Itupun setelah jenuh menjalani regimen latihan yang perit dari Normah Nordin dan Najib Nor. Kami jemput pula seorang lagi rakan di UiTM, Mohd Noor Mahmud, yang ketika itu sibuk menjadi buruh bangla untuk sifu Fauzan Omar di Shah Alam.

Cerita "4 Persepsi" perlu buat dalam blog entry yang lain.

Selepas "4 Persepsi" (1989) kami berpecah ikut haluan masing-masing. Fauzin ke TV3, berbekalkan hasil kerja buat set. Taufik ke Jepun hingga fasih berbahasa Jepun. Mohd Noor masih taat dengan Fauzan Omar. Saya terbang melanjutkan pelajaran ke USA.

Namun semasa di USA, Taufik dihantar bekerja oleh syarikat Jepunnya ke Mexico, dekat sempadan USA. Lama juga dia di Mexico hingga fasih pula berbahasa Sepanyol. Mungkin terlebih fasih dan bijak bermain kata-kata puitis romantis dalam bahasa Sepanyol, dia terpikat (atau berjaya memikat) hati seorang dara Mexico untuk jadi buah hati dan seterusnya isterinya.














 


Sebelum itu, dua kali Taufik mengagahkan diri untuk datang berjumpa saya di USA. Sekali di Illinois semasa saya sedang berusaha mendapat segulung ijazah sarjana muda Seni Halus, dan sekali di Troy, New York semasa saya sedang mengusahakan sarjana. Kesanggupan Taufik bertandang untuk berjumpa saya dan isteri, Rozana, kami kenang sampai akhir hayat kami.


Setelah lama di Mexico, Taufik berhijrah kembali untuk menyambung tugasnya dengan syarikat yang sama di Kelantan pula. Isterinya dibawa berhijrah sekali. Mereka kini dikurniakan dua orang cahaya-mata.

Lama juga Taufik berkerja dengan syarikat Jepun ini, hingga dah jadi pereka kanan. Ilmunya banyak, terutama sekali yang berkait dengan penghasilan arca seramik. Setelah jemu dan tepu menjadi kuli 'orang asing', Taufik membuat penghijrahan diri dengan membuka perniagaannya sendiri. Kini dia tenang menghasilkan kedai fotostatnya yang kecil (tapi maju) di Kota Bharu, Kelantan, sambil terus menjadi pemikir. Getarannya kini lebih spiritual, seiring dengan perubahan usia. Namun, dari segi jasad, Taufik tetap macam tu juga. Sesekali dia mengajar secara sambilan di UiTM atau di UMK (Universiti Malaysia Kelantan).
Saya rasa tak terbalas usaha Taufik menggagahi perjalan jauh untuk bertemu saya dan isteri semasa dia di Mexico dan kami di USA. Kini, saya di Pulau Pinang, nak gagahkan diri ke Kelantan berjumpa dengan dia pun saya malas. Jika berjumpa pun, untuk masa yang pendek. Rasa bersalah pun ada. Tapi, saya (dan Taufik) terpaksa menerima hakikat keadaan semasa yang kini penuh dengan tanggungjawab yang perlu dipikul, juga KPI (Key Performance Indicator) yang terpaksa dikejar.

Gitupun, segala kesibukan mengejar hABUan mimpi benda, tidak akan memudar atau memutuskan ikatan persaudaraan. Cincanglah dengan segala amanah dan tanggungjawab dunia, mahupun sebarang ideologi, atau corak fikiran, atau cara hidup, atau harta dunia........kasih sayang yang dibina sesama manusia (yang sebenarnya bersaudara secara batin) tetap ADA, kekal.

Begitulah juga dengan seorang sahabat saya yang bernama Taufik Abdullah.


Friday, May 4, 2012

ASAS PENGGUNAAN GEOMETRI DALAM SENI ARABESQUE.


               
                  ASAS  PENGGUNAAN GEOMETRI  DALAM SENI ARABESQUE.
Salah satu ciri utama yang dalam seni Islam yang menjadi identiti  dunia Muslim yang berbeza adalah penggunaan corak-corak geometri. Di aplikasi secara universal pada logam, kayu, seramik, tekstil, permaidani, miniatur sebagai dekorasi atau hiasan senibina dengan kaedah yang dirumuskan dengan jelas dan menggabungkan sistem adaptasi komposisi yang membolehkan kepelbagaian variasi dan inovasi.

Didasarkan daripada asas segi empat, oktagon, segi tiga sama sisi dan heksagon dan penemuan corak yang lebih rumit berdasarkan segi lima, dekagon, dan bahkan heptagon dan nonagon.
Corak geometri membentuk satu daripada tiga jenis rajah dekorasi dalam kesenian Islam yang juga mencakupi kaligrafi dan corak tumbuh-tumbuhan sama ada secara tunggal ataupun digunakan dalam kombinasi dengan rajah penghiasan atau gambaran rajah, corak-corak geometri yang popular berkaitan dengan seni Islam. Rekaan abstrak ini tidak hanya menghiasi permukaan monumen seni bina Islam, tetapi juga berfungsi sebagai elemen hiasan utama pada permukaan yang luas meliputi semua jenis benda.

Geometri telah mencapai kemuncak tinggi didalam dunia Islam yang mana sumber-sumber untuk kedua-dua bentuk dan corak-corak yang rumit sudah ada pada  kalangan orang Greek, Rom, dan Sasanid di Iran. Kesenian Islam disesuaikan dari elemen tradisi klasik, kemudian dilengkapkan dan dihuraikan dalam mereka rangka untuk mencipta bentuk baru dari dekorasi yang menekankan pentingnya kesatuan dalam kepelbagaian dan kepelbagaian dalam kesatuan. Sumbangan ilmuan Islam yang bijaksana dalam bidang matematik, astronomi, dan sains sangat penting untuk penciptaan gaya baru yang unik ini.

Geometri Islam terdiri atau terhasil daripada bentuk-bentuk sederhana seperti bulatan dan segi empat, corak-corak geometri yang digabungkan, diulang, dihubungkan, dan disusun dalam kombinasi lengkap, sehingga menjadi salah satu ciri khas keseniaan dalamIslam. Corak-corak yang kompleks ini tampaknya mewujudkan penolakan dalam mematuhi secara tepat peraturan geometri. Berdasarkan fakta, penghiasan geometri dalam kesenian Islam menunjukkan jumlah yang luar biasa terutama dalam pengulangan dan begitu kompleks. Ia memberi ruang kepada kemungkinan percambahan corak yang hebat dan  dapat disesuaikan atau digabungkan dengan perhiasan jenis lain.Dalam corak abstrak, pengulangan motif,simetrik, corak-corak geometri mempunyai banyak persamaan dengan apa yang disebut sebagai gaya awan larat yang dilihat banyak melibatkan rekaan tumbuhan malah hiasan kaligrafi juga muncul dalam hubungannya dengan corak-corak geometri.

Empat bentuk asas atau "unit pengulangan" rekaan geometri Islam di mana corak yang lebih lengkap dibuat adalah melibatkan daripada asas bulatan dan gabungan bulatan, segi empat atau sisi empat poligon; corak bintang, segi empat dan segitiga yang terlukis dalam sebuah bulatan serta melibatkan pelbagai sisi poligon. Corak-corak kompleks yang ditemui pada banyak benda merangkumi beberapa bentuk dan tatacara yang berbeza, yang membolehkan ianya dimasukkan ke dalam lebih daripada satu kategori.



Contoh-contoh bagi corak-corak geometri yang dianalisis dikumpulkan dalam kategori yang berbeza sesuai dengan sistem pengkadaran yang ditetap bagi unit pengulangan corak yang diberikan. Analisis terperinci akan menunjukkan bagaimana dalam setiap kumpulan corak-corak, unit pengulangan dan grid corak menentukan komposisi mereka adalah dihasilkan oleh manipulasi susunan poligon iaitu segi empat sama, segi tiga sama sisi, segi enam (heksagon) dan seterusnya. Grid-corak yang dihasilkan oleh gabungan titik-titik garis lurus adalah yang dipilih daripada sisi simpang bagi sisi-sisi poligon. Akhirnya, komposisi unit pengulangan corak keseluruhannya tercapai.

Selain itu, modul atau sistem ukuran unit ditunjukkan dalam setiap kes yang menakrifkan dimensi komposisi unit pengulangan. Dari sebuah bulatan ia mungkin dapat menghasilkan beberapa susunan lilitan poligon dengan membahagi jumlah yang diperlukan dan titik-titik pembahagian adalah yang bergabung dengan garis-garis lurus. Langkah pertama pembahagian lilitan berdasarkan 3,4,5 jumlah bahagian atau gandaan akan menentukan grid-corak dan unit pengulangan, sementara jejari atau diameter bulatan boleh diambil sebagai unit ukuran. Oleh itu, geometri boleh dikelompokkan dalam beberapa bahagian berikut:


1. Corak-corak geometri berdasarkan unit pengulangan segi empat sama dan sistem nisbah asas dua ( . Ia termasuk corak-corak yang dihasilkan oleh pembahagian dari sebuah bulatan menjadi 4 atau gandaan 4 bagi jumlah bahagian. Segi empat digunakan sebagai alat dan pengukuran dan kerana itu disebut sistem nisbah asas dua ( (nisbah segi empat kepada menyerong = 1:
2. Corak-corak geometri berdasarkan unit pengulangan segi enam (heksagon) dan sistem nisbah asas tiga ( 3). Ia termasuk corak yang dihasilkan oleh pembahagian dari sebuah bulatan menjadi 6 atau gandaan 6 jumlah bahagian. Segi tiga sama sisi atau segi enam digunakan sebagai alat untuk komposisi dan pengukuran dan ia dipanggil sistem nisbah asas tiga ( (nisbah bagi setengah asas dengan ketinggian segi tiga sama sisi = 1: ).
3. Corak-corak geometri berdasarkan sistem nisbah gandaan heksagon. Ia termasuk dalam kumpulan corak-corak yang dihasilkan oleh gandaan heksagon.
Sebagaimana yang dihuraikan di atas, terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu rekaan geometri.

Corak geometri yang dihasilkan dalam rekaan kesenian Islam bermula dengan penggunaan konsep unit pengulangan. Berdasarkan catatan sejarah, tiada laporan yang dapat dijadikan rujukan dalam mengajar tentang teori dalam mereka corak-corak geometri Islam. Namun dalam dunia Islam hari ini, para penukang telah terlibat dalam membuat corak geometri pada kayu, marmar, logam, seramik dan lain-lain yang mana ia menggunakan alat-alat tradisional iaitu kompas dan pembaris. Hakikatnya, kaedah geometri telah diterapkan, dikembangkan dan disempurnakan oleh para penguasa yang tidak diketahui pada masa lalu. Asas atau unit ukuran diambil sebagai jejari. Pembahagian awal sekeliling bulatan menjadi 4,6 atau 5 jumlah bahagian (atau gandaan dari bahagian ini) menentukan sistem kadaran yang digunakan untuk menghasilkan unit pengulangan bagi rekaan tersebut.

Konsep yang kedua adalah konsep segi empat sama dan sistem nisbah asas dua. Melalui konsep ini, ia menyatakan bahawa pengulangan corak telah memberi karakter bagi rekaannya yang mana ia ditentukan oleh heretan garisan grid antara titik yang dibuat oleh sudut penyilangan bagi segi empat sama yang dilukis di dalam bulatan. Bagi melukis segi empat sama di antara bulatan, satu metod geometri diberikan bagi kadar pembahagian setiap kawasan untuk unit pengulangan tersebut. Apabila sesuatu permukaan itu hendak dibuat, salah satu sisinya dibahagikan menjadi beberapa bahagian sesuai dengan jumlah unit pengulangan yang diperlukan. Kawasan tersebut kemudian di isi dengan bulatan dengan diameter yang sama dengan sub-bahagian daripada sisi permukaan yang dibuat.

Konsep yang ketiga pula ialah heksagon dan sistem kadar asas tiga. Rekaan yang ditunjukkan dalam konsep ini berasaskan pada grid lukisan bagi bentuk bintang heksagon. Satu sisi bagi kawasan yang akan dihias dibahagikan dengan menggunakan kompas menjadi beberapa bahagian yang sama dengan unit pengulangan yang dimasukkan dalam rekaan sepanjang sisi ini.

Seluruh kawasan ini kemudiannya dibahagikan oleh bulatan dan heksagon dimasukkan berdekatan setelah kaedah titik digunakan (rajah.1). Ia adalah unit mengulang kerana ia adalah heksagon. Sisi yang sama dengan garis lilitan bulatan grid master dibentuk oleh heretan bintang-bintang heksagon dalam heksagon ini dengan menggabungkan salah satu sudut heksagon yang lain atau di tengah-tengah titik (rajah.2). Sistem bintang heksagon memberikan sebuah metod pembahagian diamenter heksagon dengan nisbah 1:2. Sistem ini juga membahagikan ketinggian heksagon dalam nisbah yang sama iaitu 1:2.



Rajah.1










Rajah.2


Konsep yang keempat pula ialah konsep pentagon dan golden ratio (nisbah emas) (rajah.3). Menurut Euclid, konsep Golden Ratio ini bermaksud sebagai “ekstrim dan nisbah”. Manakala seorang penulis zaman Renaissance berpendapat ia dianggap sebagai “Pengkadaran” dan pada abad kesembilan belas konsep ini dikenali sebagai “Golden Section”. Dalam konsep ini ia membentuk enam corak. Berdasarkan grid master, corak-corak yang terbentuk adalah berbentuk bintang dekagon. Unit pengulangan yang baik adalah menggunakan bentuk segi empat tepat atau rombus tetapi dalam kes terkini adalah lebih mudah dengan menggunakan bentuk segi empat tepat yang berasal dari rombus.






Rajah.3

Konsep geometri kesenian Islam yang seterusnya adalah berdasarkan konsep corak berasaskan gandaan heksagon (rajah.4). Corak geometri berdasarkan konsep ini akan dibahagikan sekeliling bulatan menjadi dua belas bahagian yang sama. Unit mengulang rekaan keseluruhannya boleh menjadi salah satu lukisan segi enam. Hasil mengulangi corak-corak itu, dari bentuk segitiga sama sisi, segi empat sama, segi enam, oktagon, dodekagon, dan bintang-bintang maka terhasil suatu bentuk yang menciptakan visual khas yang harmoni dalam rekaan yang digambarkan dalam bahagian ini.














Rajah.4











Tuesday, February 14, 2012

KOLEKSI LUKISAN.


Size frame 35 inci x 44 inci
Non Reflect Glass.






Size frame 35 inci x 44 inci
Non Glass with Frame.


Size Frame 36 inci x 46 inci.
Non Reflect Glass.


Size Frame 36 inci x 46 inci.
Non Reflect Glass.

Size Frame 36 inci x 46 inci.
Non Reflect Glass.



Size frame 35 inci x 44 inci
Non Reflect Glass.


Size frame 35 inci x 44 inci
Non Reflect Glass.


Size frame 35 inci x 44 inci
Non Reflect Glass.


Size frame 35 inci x 44 inci
Non Reflect Glass.


Size frame 35 inci x 44 inci
Non Reflect Glass.


Size frame 35 inci x 44 inci
Non Reflect Glass.


Size frame 35 inci x 44 inci
Non Reflect Glass.




Size frame 35 inci x 44 inci
Non Reflect Glass.





Size frame 35 inci x 44 inci
Non Reflect Glass.