MENDEKATI PENGAJIAN SENI VISUAL DAN KREATIF.




Kepada pelajar-pelajar F1 DAN F2,

Waktu waktu yang anda jalani untuk belajar disini diharapkan akan merupakan salah satu perkara yang paling mengujakan, indah dan terhebat dalam hidup anda . Suatu pengalaman yang bukan saja mempersiapkan anda untuk kerjaya yang anda pilih, tetapi juga merupakan proses belajar untuk sepanjang hidup anda.Melalui pengalaman dan artikel-artikel yg saya baca dan petik disini, dialih bahasa untuk tatapan anda semua.

Pengalaman belajar di Universiti sangat berbeza dari pengalaman belajar yang anda dapati semasa dialam persekolahan.Belajar di universiti merupakan tanggung jawab bersama antara anda dan Pensyarah-pensyarah  anda. Pensyarah bermatlamat untuk  memberi anda bimbingan dan sumber-sumber ilmu untuk anda memulakan eksplorasi  anda dalam industri seni kreatif seni dan teknologi rekabentuk, tetapi sebahagian besar eksplorasi ini perlu dilakukan oleh anda sendiri. Sebagai pengajar kami tentunya akan sedia menunjukkan jalan dan memberi peta jalan yang penting untuk perjalanan pendidikan anda.

Sebagai pengajar kami tidak memiliki semua jawabannya. Kadangkala soalan soalan yang baik  adalah tersangat  penting,kerana belajar di Universiti adalah mengenai menguji idea-idea dan berbagai  teori-teori seni. Banyak cara belajar itu dilakukan melalui diskusi,kritikan,apresiasi,manifestasi dan perdebatan, anda diwajibkan menghadiri dewan kuliah, dalam mana anda akan diharuskan duduk dan mendengar dengan baik dan membuat catatan, anda juga wajib menghadiri kelas kelas tutorial dan di studio atau workshop yang lebih kecil.

Acara-acara mengkritik biasanya diadakan dalam mana anda diminta berhujah,berdiskusi dan berkongsi maklumat dan pengetahuan  dengan peserta-peserta lain. Anda mungkin tidak selalu setuju dengan apa yang dikatakan pengajar,pensyarah atau teman-teman sekuliah anda, tetapi sangatlah penting bagi semua pelajar untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan idea untuk memperkayakan majlis kritikan dan diskusi. Tutorial dan kelas di studio itu juga merupakan tempat anda mengajukan pertanyaan. Jika anda buntu dan bingung mengenai masalah yang berkenaan dengan mata pelajaran anda diharap  anda dapat bertanyakan kepada pensyarah  atau tutor untuk menjelaskannya kepada anda.

Percayalah, pengajar-pengajar anda semuanya sangat berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang mereka, tetapi mereka tentu tidak ingin hanya sekadar memindahkan pengetahuan mereka ke dalam kepala anda, seakan-akan anda itu hanyalah  tong-tong  yang kosong. Tetapi mereka ingin membantu anda mengembangkan idea-idea  dan pengetahuan yang sudah anda miliki.

Ada berbagai nilai- nilai penting  yang mendasari pengalaman belajar anda di fakulti seni ini. Yang pertama, dan barangkali nilai yang terpenting, adalah critical enquiry (rasa ingin tahu yang bersifat kritis). Critical enquiry mewajibkan anda untuk secara aktif, kemas dan cerdas bersoal jawab dengan pengalaman belajar anda; ini berarti anda harus mengajukan pertanyaan, menjelajah, bersikap selalu ingin tahu dan mengambil inisiatif untuk menemukan sebanyak mungkin mengenai topik-topik dan idea-idea yang anda temui dalam kelas anda.


Tindakan-tindakan yang bertanggung jawab dan berkesinambungan secara lingkungan juga amat  penting. Sejauh mungkin, tanpa mengurangi pengalaman belajar anda,  anda diharap dapat sentiasa mempraktikkan  seni atau rekaan dengan cara-cara yang sesuai dalam kehidupan anda dan dengan alam persekitaran semasa. Contohnya, seperti memilih komunikasi elektronik daripada menulis  surat yang dicetak kerana penjimatan kertas dan kesan pembakaran terbuka terhadap alam sekitar.

Cultural sensitivity (kepekaan budaya) juga sangat penting , anda dikira sangat beruntung kerana staf dan siswa siswi rakan anda  berasal dari berbagai bangsa. Penting sekali bahwa perbedaan budaya diterima dan dihargai dan bahwa kita mengambil faedah dari kesempatan-kesempatan untuk belajar dari satu sama lain. Kadang-kadang pelajar dari berbagai budaya dengan cara berkomunikasinya berbeza beza,ada yang  perlahan-lahan sambil mereka mencari kata-kata yang tepat dan sesuai dalam bahasa yang masih asing; bersabarlah dengan perbezaan ini dan biarkan mereka berkomunikasi dengan cara yang selesa bagi mereka. Praktikkan mendengar dengan baik, selain berbicara secara jelas tapi produktif. Jika komunikasinya kurang jelas, minta penjelasan secara hormat.

Belajar seni meliputi sejumlah kegiatan-kegiatan untuk memecahkan persoalan; seperti menulis karangan yang  terperinci dan yang difikirkan secara dalam setelah melakukan penyelidikan yang saksama, atau membuat respons yang sesuai atas tugasan  yang kompleks atau menyampaikan gambaran yang anda lihat di depan anda untuk menjadi gambaran yang menyakinkan di atas kertas atau di layar skrin.

Tugas kami, sebagai pengajar anda dalam belajar, adalah untuk memastikan bahwa anda mengembangkan kemampuan dan pengetahuan dalam membuat pendekatan yang efektif terhadap persoalan-persoalan dan mengidentifikasi cara-cara yang anda dapat secara kreatif, imajinatif, inovatif dan sesuai dalam memecahkan berbagai persoalan . Ini adalah komitmen anda dalam mempersiapkan diri anda untuk proses belajar sepanjang hidup.Kebanyakan dari proses belajar anda akan dilakukan secara individu selagi anda bekerja menyelesaikan tugas yang diberikan, tapi anda juga dianjurkan untuk belajar bersama dan menghormati satu sama lain dalam pengajian  anda. Banyak ide kreatif dikembangkan melalui ‘brain-storming’ atau pertukaran fikiran dan diskusi dengan kawan-kawan sesama mahasiswa, jadi ambillah faedah dari setiap kesempatan untuk bekerja bersama-sama dengan baik.


Waktu yang anda akan lewati bersama kawan kawan anda akan merupakan waktu yang penuh makna dan sangat indah untuk dikenangi. Kadang-kadang, ketika tugasan tugasan projek terakhir sudah  diserahkan, mungkin anda akan merasa kepuasan atau mungkin juga satu kekesalan.........

Comments

Azman Mohamad said…
Assalamualaikum w.b.t. prtama skali jutaan trima kasih saya ucpkan kpada encik taufik krana sudi mnjadi pngajar kami..ya, saya akui dan amat saya sedari tntang apa yang encik taufik tuliskan diatas.saya sebagai plajar mahu tak mahu mesti tahu tujuan knapa saya disini, maksud saya kenapa saya berada di UMK.Tapi kadang kala malahan selalu saya terlupa dan lalai akan tanggungjawab saya sebagai pnuntut.saya bukanlah seorang pelajar yang baik.tpi percayalah, saya sdang berusaha untuk mnjadi lebih baik. sesungguhnya,saya sangat beruntung kerana dapat belajar dari encik taufik.insyaallah segala ilmu yang dicurahkan akan kekal diminda saya dan rakan.terima kasih encik taufik..
Art of My Life. said…
Terima Kasih Azman....

Popular Posts