Friday, March 4, 2011

Bunga Mangga Tumbuh di Dahan.

Aku memang obses dengan pokok mangga depan rumah aku nii....terutamanya bila ia mula berbunga..mulalah aku sapu sampah,buang daun kering dan buang segala rumput yang tumbuh dibawahnya.Paling syok bila bubuh baja dan berharap buahnya akan lebat dan besar sebesarnya.

Kali ini ia berbunga selepas habis musim hujan dan tiba musim yang dikira panas sangat.Yang hairannya ialah tiba-tiba saja terperasan yang pokok Mangga nii berbunga lebat sangat.Kali ini seluruh pokok ditumbuhi bunga dan sampai didahan pun tumbuh bunga.Biasanya kat hujung ranting saja tapi inilah pertama kali tengok bunga tumbuh di dahan.Daun tak ada tapi terus saja tumbuh bunga.Harap-harap akan jadi buah, membesar dan masak ranum.

Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya ini adalah rezeki keluargaku dari bumimu,Alhamdulillah aku amat bersyukur atas kurniamu.

2 comments:

aznimatisa said...

SYABAS, ANDA TELAH HIDUP SEMULA HEHE. teruskan menulis taufik

Art of My Life. said...

ha!ha!thank you Sis!!!